Monday, 18 July 2016

Surah AlBaqarah (163~164)


Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 163:

Ringkasan tafsir; Orang kafir  Quraisy bertanya kepada Nabi tentang sifat Allah. Maka untuk menolak sangkaan mereka yang sesat itu maka ayat ini diturunkan bersama ayat-ayat lain, “Tuhan mu, tuhan yang Esa. Tidaklah Tuhan melainkan Dia, yang pengasih lagi penyayang. 

.
.
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 164:  

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan keEsaan dan menunjukan kekuasaan Nya, dan menyuruh manusia yang berakal penggunakan fikiran dengan sebaiknya untuk memikirkan bahawa Allah itu yang maha Esa;

1. Manusia disuruh melihat kejadian lagnit dan bumi.
2. Manusia disuruh melihat siang dan malam.
3. Manusia disuruh melihat kapal yang terapung menepuk ombak dan badai.
4. Manusia disuruh melihat kapal dan pedagang membawa barang dagangan yang berakhir dengan keuntungan.
5. Manusia disuruh melihat air hujan yang menghidupkan kehidupan makhluk dan tumbuhan dibumi.
6.  Manusia disuruh melihat bagaimana Allah telah biakan jenis makhluk melata dibumi yang tidak sama dengan manusia yang datang dari keturunan Adam (turun dari Syurga).
7. Manusia disuruh melihat angin yang meniup hidupan dibumi yang tidak dapat dilihat oleh mata.
8.  Manusia disuruh melihat bagaimana awan digerak antara langit dan bumi.

Oleh itu ayat ini memeri pengajaran kepada manusia supaya menkaji dan mencari sesuatu yang luar biasa untuk membuktikan Allah itu maha Esa.  Tapi “demi masa sesungguhnya manusia itu selalu dalam kerugian yang membiarkan hidup tampa ilmu pengetahuan”.

 
[Previous] [Next]

Sumber, 
Terjemahan Surah 2, Ayat 161~170;  
 [GS]
https://t.co/ujPdPsH82h  
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,

[G+]
https://plus.google.com/108535933045488907464/posts/8XENRHeWwqw