Thursday 9 May 2019

Al-Imran, Ayat 145



Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 145:
.
Ringkasan tafsir;

Ayat ini menjelaskan bahawa kematian itu adalah mengikut sukatan qada dan qadar dari ketentuan yang telah menjadi suratan takdir yang telah dijanjikan oleh Allah, dan Malakul-Maut akan mencabut nyawa seseorang itu apabila sudah sampai waktu yang telah ditentukan dengan izin Allah.

Bagitulah juga setiap amalan yang berhajat kepada keduniaan akan dikurniakan upah sekadar yang dicita-citakan semasa berada didunia, dan amalan bercita-cita untuk kepentingan akhirat juga akan diberi upah diakhiratlah akan diterima mengikut qada dan qadar yang telah ditentukan dengan izin Allah.


Adapun ayat ini ditujukan kepada  pasukan yang telah terpengaruh oleh harta rampasan dalam perang Uhud sehingga tergamak meninggalkan kedudukan mereka sebagai pasukan pemanah diatas bukit kemudian turun kelembah untuk mengejar dan mendapatkan harta rampasan perang. Dan Allah menyatakan bahawa jika mengejar upah didunia maka Allah tidak menghalangi dan terserah kepada kamu untuk merebutnya. Tetapi bukanlah dasar ini menjadi keutamaan seruan Nabi, malah diseru kepada kebahagiaan didunia dan  juga akhirat.  Mereka itu ialah mukmin yang taat tidak terpesong arahnya dari berjihad dan tidak beramal kecuali kerana Allah dan hari kemudian (akhirat). 

.
[Previous] [Next] [Home]
.
Rujukan Sumber,

Juzuk4, Surah3 
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8